TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

Patuhi SOP penyimpanan senjata api

[Capaian daripada http://www.hmetro.com.my/node/190190 pada 3/1/2017]

 

Patuhi SOP penyimpanan senjata api

 

Khalid (tiga dari kiri) melancarkan logo Polis Bantuan Malaysia selepas merasmikan Persidangan Polis Bantuan Malaysia kali ke 28 di Hotel di Senai, hari ini. FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN

 

Mohd Sabran Md Sani

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Senai: Agensi Polis Bantuan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan penyimpanan senjata api berikutan lokasi berkenaan dikesan turut menjadi sasaran kumpulan militan Daesh.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pematuhan SOP itu perlu kerana penyokong Daesh turut mensasarkan serangan bukan saja kepada orang awam tetapi polis dan polis bantuan.

 

"Saya mengingatkan polis bantuan supaya sentiasa berhati-hati kerana mereka juga boleh dijadikan sasaran termasuk tempat simpanan senjata api.

 

"Ia perlu diberi keutamaan dalam memastikan keselamatan senjata api tidak tergugat dan jatuh ke tangan penyokong Daesh," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia Kali Ke-28 di Le Grandeur Palm Resort Johor di sini, sebentar tadi.

 

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti,Datuk Rusli Ahmad; Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Presiden Polis Bantuan Malaysia (APA) Baharuddin Othman.

 

Menurutnya, pematuhan SOP itu bukan saja memastikan keselamatan pasukan ketika bertugas tetapi turut mencakupi keselamatan pengguna dan orang awam.

 

"Saya berharap semua agensi polis bantuan dapat mematuhi SOP akan keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api masing-masing.

 

"Dalam situasi keselamatan negara ketika ini, perkara ini adalah aspek yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak," katanya.

 

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mahu ada kes kehilangan senjata api disebabkan kawalan yang longgar oleh agensi polis bantuan.

 

"Kita tahu penyokong Daesh mensasarkan tempat simpanan senjata ini dan PDRM serta polis bantuan juga tidak terkecuali.

 

"Justeru ia perlu diberi perhatian supaya tidak menjadi mangsa kumpulan yang sengaja menjadian polis bantuan atau mana-mana agensi penguatkuasaan untuk melancarkan serangan," katanya.

 

Pada masa sama katanya, beberapa pasukan naziran yang dibentuk mengaturkan lawatan membabitkan semua 235 agensi polis bantuan bagi menjamin tahap keselamatannya termasuk penyimpanan senjata.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2016 @ 3:28 PM

 

May 21 2017

Agensi Polis Bantuan Diminta Pertingkat Kawalan Keselamatan Bilik Kebal, Stor Senjata

[Capaian daripada http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1312856&cat=sl pada 3/1/2017]

December 19, 2016 14:50 PM

 

Agensi Polis Bantuan Diminta Pertingkat Kawalan Keselamatan Bilik Kebal, Stor Senjata

 

KULAI, 19 Dis (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa agensi polis bantuan supaya mempertingkatkan kawalan terhadap keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata masing-masing agar tidak terdedah kepada serangan kumpulan pengganas.

Beliau berkata kumpulan pengganas ini bukan sahaja mahu menyasarkan serangan di tempat-tempat awam, tetapi juga menyasarkan anggota polis termasuk polis bantuan.

Justeru itu, agensi polis bantuan perlulah bukan sahaja mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api tetapi memastikan kawalan keselamatan di situ dipertingkatkan.

"Jadi, saya mengingatkan polis bantuan supaya sentiasa awas, berhati-hati kerana mereka juga boleh dijadikan sasaran termasuk tempat simpanan senjata api yang perlu kita beri keutamaan dalam memastikan keselamatannya dan senjata api tidak jatuh ke tangan musuh seperti penyokong Daesh," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Persidangan Polis Bantuan Malaysia kali ke-28 di sini hari ini.

Oleh itu beliau telah mengarahkan beberapa pasukan naziran daripada Unit Pelesenan Senjata Api untuk turun memeriksa SOP yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia kepada agensi polis bantuan ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Khalid berkata adalah penting agar agensi polis bantuan menitikberatkan keselamatan bilik kebal atau stor penyimpanan senjata api masing-masing terutama dalam situasi keselamatan negara ketika ini.

"Kita tidak mahu adanya kes kehilangan senjata api disebabkan kawalan yang longgar oleh agensi polis bantuan," kata Khalid.

-- BERNAMA

May 21 2017