TF MbusiNess - шаблон joomla Продвижение

Tajuk

SEJARAH DAN OBJEKTIF POLIS BANTUAN

 

Penubuhan Polis Bantuan

 

Pasukan Polis Bantuan telah ditubuhkan pada tahun 1948 semasa http://www.viagrabelgiquefr.com/ negara menghadapi zaman darurat. Pada tahun 1956, Pasukan Polis Bantuan dibubarkan setelah tamat darurat dan ditubuhkan kembali mengikut Akta Polis 1967.

Penubuhan semula Unit Polis Bantuan pada tahun 1967 adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis, No. 41/67 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970 (P.U. (A) 461 bertarikh 21 Disember 1970). Selain daripada Akta Polis 1967 dan Peraturan-peraturan (Polis Bantuan) Polis 1970, anggota dan pegawai Polis Bantuan adalah tertakluk kepada Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKTN) Bahagian A 501 serta semua arahan-arahan berkaitan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM dari semasa ke semasa.

 

Objektif Polis Bantuan

 

Objektif Penubuhan Polis Bantuan selepas negara mencapai kemerdekaan adalah seperti berikut:

 

  1.       Memberi khidmat Polis ke kawasan-kawasan di  mana liputan Polis tidak berkesan.

  2.  Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai  kuasa-kuasa Polis sera membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
  3.  Sebagai unit sokongan/bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.